i am a blogger&photographer
Posts tagged Zakat
jom bayar zakat hasil fotografi :)
Jul 21st
assalamualaikum wbt…
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah ayat 267)
Gambar ni seminggu selepas aku miliki DSLR tahnu 2008,dengan mode P.sedara mara kakak ipar aku kawen :)
Baru-baru ni salah seorang sahabat photographer aku ada letak status dalam facebook samada para photographer ada membayar zakat bagi perniagaan fotografi mereka.So aku dapat idea untuk berkongsi bagaimana nak kira zakat perniagaan untuk ingatan aku dan kawan-kawan dalam bidang fotografi.Sebab biasanya zakat bagi pekerjaan tetap kebanyakkan dari kita telah membuat potongan gai,insyaAllah.So jangan lupa pulak pada hasil sampingan kita yang insyaAllah akan lebih bertambah jika kita membayar zakat.
Aku pernah baca dalam blog zakat selangor (mentang-mentang sahabat aku kerja kat situ,web negeri sendiri tak masuk pun~hahaha) pendapatan yang diperolehi dari kerja sampingan boleh dikira sebagai zakat pendapatan.Namun bagi mereka yang menjalakan perniagaan fotografi secara sepenuh masa dan mempunyai perniagaan yang besar,maka perlu dikira sebagai zakat perniagaan.Cara-cara bagi nak kira zakat pendapatan dan zakat pernigaan boleh dirujuk di web-web pusat urus zakat setiap negeri sepertiLembaga Zakat Selangor.Disana sana siap ada kalkulator yang akan memudahkan kita mengira zakat yang wajib dibayar oleh kita semua.
Aku sendiri tidak mahir dalam bidang ni dan sekiranya ada salah dan silap dalam maklumat yang aku salurkan ini,kawan-kawan semua digalakkan berkongsi dengan aku ya :)
Nota kaki: Sharing is Caring :)
Wassalam
‘being a girl and into this business is a challenging job,but as far as i know i enjoy doing it and i believe in delivering the best to my customers”
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: www.gambarkami.com
