i am a blogger&photographer
Posts tagged Sesi Outdoor
Rohani&Fazly,Kepala Batas.
Aug 9th
Posted by SisHoney in Black & White
assalamualaikum wbt…
Job kali ni merupakan yg terakhir sebelum aku berehat menyiapkan beberapa album yg tertanguh gara-gara keserabutan melanda.but its a life so i should recover to live.Kan kan kan :)Alhamdulillah terima kasih atas dorongan kawan-kawan selama ni yg aku rasa sangat bertuah punya kamu semua sebagai kawan dikala susah dan senang.
Rohani ni teman seopis aku dan kami selalu jugak bercuti bersama-sama sebelum ni,so bila dia dah ada encik suami,maka dah kurang la geng aku nak bercuti-cuti dan snorkeling.Encik Suami rohani ni merupakan jurulatih scuba,so kalau ada yg berminat nak dive,bolelah roger2 aku nak tau contact number dia :),jgan marah ye pak ngah!Sebelum ni aku pernah shoot adik rohani pada tahun lepas,thanks ye ani sbb sekali lagi hirer photoq picisan mcm saya ni :) Buat awak dan suami,sy doakan semoga perkahwinan ini kekal dan bahagia sehingga akhir hayat
Oklah dah xdak apa nak membebel,layan tu sikit gambar pasangan ni.Dan sempena kedatangan ramadan Al-Mubarak ni,aku nak amik kesempatan memohon ampun dan mahap andai ada percakapan aku,penulisan aku,hasil2 fotografi aku ada apa saja dari aku samada benar atau hanya khabar angin yang mengguris hati kamu-kamu semua.Pada aku,kalau benar2 kamu tahu siapa aku,insyaAllah kamu tahu bagaimana aku sebenarnya dan aku juga manusia biasa yg punya emosi yg kadang kala dilemparkan kepada kamu secara sengaja atau tidak.InsyaAllah di bulan yg mulia ini marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita masing-masing tanpa menuding jari pada mana-mana orang.
Nota Kaki: InsyaAllah bulan Ramadhan ni aku akan update sekerap mungkin tetapi sudah pasti tiada gambar kahwen ye
Wassalam.
“Being a girl and into this business is a challenging job,but as far as i know i enjoy doing it and i believe in delivering the best to my customers”
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: www.gambarkami.com
Badrol&Hazirah,Sesi Outdoor
Jul 13th
Assalamualaikum wbt…
Salam Syaaban buat sahabat-sahabat aku yg sudi menjengah masuk di blog ini :),so tinggal lagi sebulan jika dipanjangkan umur kita akan berjumpa dgn Ramadhan,bulan yang penuh dengan keberkatan.Bulan Ramadhan juga bulan yang paling ditunggu oleh para photographer bagi menyiapkan album-album kahwin dan berehat dari shoot majlis kahwin.
Entri kali ni,aku sertakan sedikit,photo sesi outdoor bagi majlis Hazirah & Badrol di Pondok Upeh,Balik Pulau.Balik Pulau ni terkenal dengan duriannya yang lemak berkrim disukai ramai.Serius durian balik pulau memang sedap.On the way aku kesana penuh dgn stall durian di kiri kanan jalan.Ikut hati nak je turun beli sebiji dua,tapi memikirkan kepala aku akan pening bau durian dalam kereta dengan jalan berbengkang bengkok membatalkan niat aku :)
Berbalik pada gambar diatas,sebenarnya majlis ni aku tag along dengan OP Dee Lapena.Kalau ikut sejarah aku dalam fotografi,dialah jurugambar pertama yang aku join tag along secara rasminya.Abg Dee ni memang rajin ajak orang tag along dgn dia.Sebab dengan cara ini akan lebih mendatangkan mood kepada pengantin,sbb pengantin akan teruja dengan bilangan photographer yang ramai.Namun apa yang penting,tagger2 janganlah kacau angle bagi OP :).Thanks Abg Dee,lain kali ajak lagi tau!Turut serta join ialah Shaupix Ahmad,Hamizan dan Shahrin.
Nota Kaki: Aku EL hari ni sbb semalam mak tak sihat,so tak sampai hati nak p kerja.
Wassalam,
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: www.gambarkami.com









