i am a blogger&photographer
Posts tagged Northern Photographers
Rohani&Fazly,Kepala Batas.
Aug 9th
Posted by SisHoney in Black & White
assalamualaikum wbt…
Job kali ni merupakan yg terakhir sebelum aku berehat menyiapkan beberapa album yg tertanguh gara-gara keserabutan melanda.but its a life so i should recover to live.Kan kan kan :)Alhamdulillah terima kasih atas dorongan kawan-kawan selama ni yg aku rasa sangat bertuah punya kamu semua sebagai kawan dikala susah dan senang.
Rohani ni teman seopis aku dan kami selalu jugak bercuti bersama-sama sebelum ni,so bila dia dah ada encik suami,maka dah kurang la geng aku nak bercuti-cuti dan snorkeling.Encik Suami rohani ni merupakan jurulatih scuba,so kalau ada yg berminat nak dive,bolelah roger2 aku nak tau contact number dia :),jgan marah ye pak ngah!Sebelum ni aku pernah shoot adik rohani pada tahun lepas,thanks ye ani sbb sekali lagi hirer photoq picisan mcm saya ni :) Buat awak dan suami,sy doakan semoga perkahwinan ini kekal dan bahagia sehingga akhir hayat
Oklah dah xdak apa nak membebel,layan tu sikit gambar pasangan ni.Dan sempena kedatangan ramadan Al-Mubarak ni,aku nak amik kesempatan memohon ampun dan mahap andai ada percakapan aku,penulisan aku,hasil2 fotografi aku ada apa saja dari aku samada benar atau hanya khabar angin yang mengguris hati kamu-kamu semua.Pada aku,kalau benar2 kamu tahu siapa aku,insyaAllah kamu tahu bagaimana aku sebenarnya dan aku juga manusia biasa yg punya emosi yg kadang kala dilemparkan kepada kamu secara sengaja atau tidak.InsyaAllah di bulan yg mulia ini marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita masing-masing tanpa menuding jari pada mana-mana orang.
Nota Kaki: InsyaAllah bulan Ramadhan ni aku akan update sekerap mungkin tetapi sudah pasti tiada gambar kahwen ye
Wassalam.
“Being a girl and into this business is a challenging job,but as far as i know i enjoy doing it and i believe in delivering the best to my customers”
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: www.gambarkami.com
Badrol&Hazirah,Sesi Outdoor
Jul 13th
Assalamualaikum wbt…
Salam Syaaban buat sahabat-sahabat aku yg sudi menjengah masuk di blog ini :),so tinggal lagi sebulan jika dipanjangkan umur kita akan berjumpa dgn Ramadhan,bulan yang penuh dengan keberkatan.Bulan Ramadhan juga bulan yang paling ditunggu oleh para photographer bagi menyiapkan album-album kahwin dan berehat dari shoot majlis kahwin.
Entri kali ni,aku sertakan sedikit,photo sesi outdoor bagi majlis Hazirah & Badrol di Pondok Upeh,Balik Pulau.Balik Pulau ni terkenal dengan duriannya yang lemak berkrim disukai ramai.Serius durian balik pulau memang sedap.On the way aku kesana penuh dgn stall durian di kiri kanan jalan.Ikut hati nak je turun beli sebiji dua,tapi memikirkan kepala aku akan pening bau durian dalam kereta dengan jalan berbengkang bengkok membatalkan niat aku :)
Berbalik pada gambar diatas,sebenarnya majlis ni aku tag along dengan OP Dee Lapena.Kalau ikut sejarah aku dalam fotografi,dialah jurugambar pertama yang aku join tag along secara rasminya.Abg Dee ni memang rajin ajak orang tag along dgn dia.Sebab dengan cara ini akan lebih mendatangkan mood kepada pengantin,sbb pengantin akan teruja dengan bilangan photographer yang ramai.Namun apa yang penting,tagger2 janganlah kacau angle bagi OP :).Thanks Abg Dee,lain kali ajak lagi tau!Turut serta join ialah Shaupix Ahmad,Hamizan dan Shahrin.
Nota Kaki: Aku EL hari ni sbb semalam mak tak sihat,so tak sampai hati nak p kerja.
Wassalam,
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: www.gambarkami.com
As&Ayie,Majlis Bertandang
Jul 1st
Assalamualaikum wbt…
Pejam celik pejam celik kita sudah masuk bulan Julai.Maknanya dah masuk fasa kedua bagi tahun 2010 dan kita boleh buat review pencapaian kita bagi tahun ni.Kalau dari segi kerja kewangan aku,jabatan aku dah sepatutnya membelanjakan separuh dari bajet yang diperuntukkan.Dan kalau rasa tak cukup,masa ni lah nak kena buat bajet review dan mintak peruntukan tambahan :)
Bagi diri aku sendiri secara peribadinya fasa pertama tahun ini sangat-sangat menguji keimanan dan kesabaran aku,Terlalu banyak dugaan yang kita tak jangka akan terjadi.Apa yang aku belajar ialah kekadang kita tidak boleh anggap seseorang itu mindanya terlalu luas dan kita tak boleh terlalu yakin dalam hidup.Sesungguhnya Allah selalu akan menguji kita dan sekiranya benteng kita rapuh,pasti kita akan jatuh. 6 bulan pertama jugak menyaksikan pertumbuhan berat badan aku yg sangat ketara~hahahaha.Bukan seorang dua,malah berpuluh dan beratus orang dah tegur.Kononnya aku senang hati kan :)










Berbalik kepada photo-photo diatas entri kali ni aku nak update majlis bertandang pasangan As & Ayie di Bukit Jambul,Penang.Buat pengantin ampun mahap atas kelewatan entri ini gara-gara demam bola :).Seperti juga pada majlis di rumah As, majlis di rumah Ayie juga berlangsung dengan begitu meriah.Kali ni bukan saja serunai,silat tetapi juga dengan acara tomoi yang didatangkan khas dari Kedah.Makanan yang disajikan juga sedap-sedap belaka.Sempoilah Ayie & As.
Ikut perjanjian asal majlis di rumah As,Ayie dah taknak shoot outdoor sebab ramai kawan-kawan dan kerja yang perlu dibuat katanya.Mujur As berjaya memujuk Encik Suami dan akhirnya kami memilih USM sebagai lokasi sesi outdoor.Kat sini banyak pokok-pokok best yang boleh kita shoot.Aku suka kawasan ni,cuma kekadang jika pengantin tak mampu nak redah hutan-hutan tu kita tak bolehlah nak paksa kan.Takut kalau jadi apa-apa,kita pula nak kena berjawab :).Akhir sekali terima kasih buat pasangan As & Ayie seisi keluarga yang bagi layanan superb pada saya sewaktu majlis menjalankan kerja.Insyallah saya akan cuba lakukan terbaik untuk anda.(tapi kamu berdua kawen musim bola,so album delay sikit ye *hiks)
Nota kaki: Takziah buat sepupu aku (entri sulaiman &aslina) yang kehilangan ayahnya pada 25 June 2010 di India.Al-Fatihah.
Wassalam,
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: http://www.gambarkami.com/









