i am a blogger&photographer
Posts tagged Blogging
Entri Ramadhan 1431H
Aug 24th
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah sudah masuk 2minggu kita berpuasa hari ni dan tahniah sebab finally berjaya juga aku nak update blog ni.Giler malas skang ni nak update.Agak-agak kalau takde FB mesti akan sedikit rajin dari biasa kan.Tapi nak buat macam mana kan.FB terlalu ringkas,padat dan interaktif so itulah yg selalunya kita pilih kan.
Bila masuk bulan puasa ni,insyaAllah kita semua akan melakukan amat ibadat lebih banyak dari biasa kan.kalau sebelum ni malas nak buat solat sunat.tapi bulan ni ramai antara kita yg rajin.contohnya bila masuk masjid dan banyak solat sunat yg kita dapat buat spt solat sunat tahiyatul masjid,solat sunat sebelum dan sesudah Isyak,solat sunat tarawikh dan witir.semoga solat kita diterima olehNya.
Bulan Ramadhan juga membuka rezeki kepada ramai orang.itu rahmat yg kadangkala kita selalu terlupa dan alpa.jangan sebab nak menejar pendapatan kita terlupa apa yg sememangnya diwajibkan kepada kita.Macam biasa bila bulan Ramadhan ni,aku selalu jual biskut raya,tapi bukan aku punyalah.Aku tolong jiran aku dan upahnya dapat la biskut raya free.so far aku hanya jual untuk bebudak opis jela :)
Kalau ikut target asal aku,bulan puasa ni aku nak siapkan semua album2 yg tertangguh dan taknak keluar time wekend.tapi nampaknya misi tersebut masih tidak berjaya sampai mak pun dah sindir aku :p.Insyallah dengan cuti wekend yg panjang ni,aku nak cuba sedaya upaya habiskan apa yg belum habis dan kena mula membersihkan bilik aku yg dah macam tapak pelupusan sampah :)
Bila bulan puasa ni buat aku teringat kawan-kawan blogger.Kalau dulu masa bulan puasa aku selalu menghabiskan masa bersembang maya dengan sahabat aku,Noushy.Tapi apakan daya sahabat sudah menyepikan diri so terima seadanya apa yang dah dipilih.Pasti ada sebab atas segala yang berlaku dan sebagai orang yang pernah rapat dengannya,aku sentiasa mendoakan kesejahteraaanya dimana gak dia berada.I really miss u my dear!
Nota kaki: Semalam lepas tarawikh jumpa dengan future client dan dapat job itu :)
Wassalam
‘Being a girl and into this business is a challenging job,but as far as i know i enjoy doing it and i believe in delivering the best to my customers”
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: www.gambarkami.com
entri buat seorang sahabat,Acaii Jawe
Jul 8th
assalamualaikum wbt…
hari ni birthday salah seorang sahabat aku yg mula-mula kami kenal di alam maya, encik faisal hj rahim atau lebih dikenali sebagai Acaii Jawe yang meriupakan antara blogger dan photographer popular bagi orang-orang jawa~hahahaha.
Aku dah kenal sahabat aku ni sejak tahun 2006,masa aku mula-mula blogging,cerita-cerita personal dia yang best mendorong aku rajin mengomen dia blog dia.Walau hanya cerita peribadi tetapi entri-entri dia buat aku rasa sangat bermotivasi.Penulisan yang ringkas dan mudah dipahami membuatkan beliau antara blogger popular dikalangan ahli-ahli msjbox.
Salah satu perkara baik yang buatkan Acaii ni baik dengan semua orang ialah dia sedaya updaya akan melawat dan komen atas entri-entri kita.So dengan itu hubungan silaturrahim dapat didekatkan.
Tahun 2007 adalah kali pertama aku jumpa Acaii,masa tu ulangtahun msjbox di Restoran Hj Samuri.Memang malu-malu kucing rupanya si Acaii ni.Kami selalu sembang pasal bola.Kami memang musuh dalam EPL sebab dia peminat fanatik Chelsea sejak 1996 dan aku peminat fanatik MU sejak 1997.
gambar masa Acaii & Fiza naik sampan kat penang :)
Dan tanpa disangka kami sama-sama terjun dalam bidang fotografi dan dia adalah salah seorang sifoo yang banyak membantu aku dalam bidang ni dengan komen-komen jujur dan membina.Selepas itu kami teruskan persahabatan di alam maya.Alhamdulillah persahabatan aku diteruskan dengan bersahabat pula dengan cik isteri Puan Hafizah.Sama cantik sama padan sama comel dan sama nakal :)
Alhamdulillah hari ni sekali lagi sahabat aku dapat dapat menyambut hari lahirnya yang ke….Dia tua setahun dari aku :)Aku doakan semoga dia akan terus dipanjangkan umur untuk terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah,seorang anak,seorang suami,seorang abang,seorang sahabat dan sebagainya.Aku doakan semoga rumahtangga beliau sentiasa dirahmati oleh Allah sehingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki dari segi zuriat.Aku doakan semoga terus diberi kekayaan dari segi kewangan,ilmu,harta benda dan amal jariah.Aku begitu menghargai persahabatan aku dengan dia kerana setiap kali aku memerlukan motivasi,dia antara orang yang mampu memotivasikan aku.
Acaii,terima kasih atas persahabatan kita.So inilah hadiah sis pada cai,sebuah entri.Sebab kalau sis bagi hadiah kebendaan,sis tau cai mampu beli semuanya so dengan entri ni,sesuatu yang cai xmampu beli~hiks.Tapi kalau birthday sis,cai tlg hadiahkan sebuah mac ye :)
Nota kaki: orang selalu kata dunia internet ini penuh dengan kepura-puraan namun sebenarnya jika kita bersikap jujur dan ikhlas,insyaAllah Allah selalu adil dengan kita.
Wassalam.
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
