SisHoney

i am a blogger&photographer

Follow me on TwitterRSS Feeds

  • Home
  • About
  • Pakej&Album
  • Links

Kunci dan Kesilapan

May 30th

Posted by SisHoney in Blogging

3 comments

assalamualaikum wbt…

Dalam meniti kehidupan sehari-hari,kita kadangkala tersilap langkah.kita bukannya manusia yang sempurna.walau seorang Imam pun pasti ada juga cacat celanya.itulah yang dinamakan manusia.kalau kita lihat didada-dada akhbar,pasti ada saja berita yang memualkan anak mata kita menatap.manusia semakin hari semakin hilang pertimbangan.kita begitu memerlukan KUNCI perancangan bagi setiap apa yang dilakukan agar apabila kita melakukan KESILAPAN,kita masih memegang kunci itu untuk kembali membuka sebuah pintu kejayaan :)

masa depan

Kadang kala bahkan selalu juga aku membuat kesilapan.bila melibatkan diri sendiri.aku selalu menggunakan buku-buku motivasi dan kawan-kawan supaya membimbing aku menghadapai sesuatu situasi.alhamdulillah.buat masa ini aku dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa berada disisi apabila aku memerlukan pendapat.malah sahabat maya yang aku tak pernah jumpa sekalipun,sudi meluangkan masa membalas mesej-mesej aku.aku sangat berterima kasih.

kunci

Wah,tiba-tiba aku menulis sedikit serius kan.aku sengaja nak ‘relate’kan dengan foto yang aku selitkan disini.sedikit buah tangan semasa outing fotoradikal penang beberapa bulan lepas.terlalu banyak foto yang tersimpan di lappy ini gara-gara kesibukan aku yang melampau.inilah selalunya aktiviti yang dilakukan oleh para jurugambar samada profesional,separa profesional,suka-suka ataupun hanya sebagai pemegang sebuah kamera.ada sahabat yang malu mengaku mereka jurugambar bila dikerumuni oleh mereka yang hebat-hebat.namun bagi aku setiap kita adalah jurugambar bagi mata kita.terpulang bagi kita dimana tahap kita ingin menjadi juru kepada gambar itu sendiri.dan pada outing ini juga,aku mendapat sesuatu dari ucapan ganas abang BLACK ( Cikgu Besar Markas Fotoradikal Penang).

nota kaki: InsyaAllah mulai minggu depan akan kembali disajikan dengan foto-foto perkahwinan,so sebelum tu layan dulu foto-foto yang mungkin ada jiwa :p.tak lupa HAPPY BIRTHDAY YONNA!anda sudah bergelar jurugambar kerana sudah mendapat hadiah seketul dslr bertali kuning :)

Fotoradikal Penang, Street Photography

permata hati:nadia dah setahun :)

May 29th

Posted by SisHoney in Baby&Kids

2 comments

assalamualaikum wbt…

pejam celik pejam celik.dah setahun umur permata hati dalan keluarga aku ,nur farah nadia.masih ingat lagi.setahun yang lalu abg aku,aku,mak,bapak dan makcik aku serta keluarga kakak ipar aku menunggu proses kelahiran nadia dari waktu tengahari sehinggalah maghrib.mulanya dia masuk ke bilik normal delivery tetapi finally doktor bagitau perlu operation sebab bimbang baby akan lemas.

baby1
nadia setahun lalu.beberapa minit selepas lahir :)

naddia

nadia selepas setahun,beberapa minit sebelum update entri ini :)

dalam adik beradik,hanya aku sorang perempuan so bila nadia lahir tentunya mengembirakan tok dan tok apa nya.dulu aku selalu harap baby yang akan keluar nanti lelaki,sbb bagi aku anak lelaki akan jaga adik-adiknya kelak.tapi bila dia dah lahir,aku pulak yang berhabis sakan membeli itu dan ini.betul la kata kawan-kawan aku,anak perempuan ni seronok nak shopping sebab baju semua lawa-lawa dan cute :)

semoga nadia menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan semua keluarga terutamanya mak uda.kalau tak pandai sangat pun tak apa.bijak sikit macam mak uda pun jadi la *perasan*

nota kaki:selamat hari lahir juga to my sahabat blogger AMY MARIA :)

wassalam.

SisHoney

Email: sishoney@gmail.com

Permata Hati

chalet nelayan teluk bahang

May 28th

Posted by SisHoney in Travelling

No comments

assalamualaikum wbt…

hari ini aku nak update sesuatu yang lain dari fotografi.nak cerita tentang chalet nelayan yang ada kat kampung aku :).chalet sportfishing ni telah diusahakan oleh persatuan nelayan kawasan teluk bahang dengan kadar yang berpatutan.harganya bermula dari kadar rm80.00 bagi bilik bekeluarga sehingga kadar  rm 210.00 dormitori (10 org).Namun harga bagi bangunan baru chalet pula bermula dengan kadar rm110 bagi bilik standard.

chalet ini terletak berhampiran dengan pintu masuk taman negara pulau pinang.kemudahan seperti tempat parking juga senang disini.namun jika anda ingin melakukan aktiviti pantai anda perlu pergi jauh sediki kerana lokasi chalet ini adalah tempat nelayan-nelayan mendarat.jika anda ingin mendengar suara ombak di waktu pagi,disinilah tempatnya :)

selain itu terdapat juga kemudaha surau dan dewan seminar bagi mereka yang datang secara berkumpulan.pihak pengurusan juga menyediakan khidmat sewaan bot memancing,BBQ dan jungle trecking oleh taman negara pulau pinang.

bagi yang berminat untuk menyewa chalet ini,bolehlah menghubungi persatuan nelayan teluk bahang 04-8852728 (chalet) dan 04-8851097 (pejabat).aku nasihatkan sesiapa yang nak stay kat sini.kena booking awal terutama pada cuti sekolah.so bagi yang punya bajet yang rendah,chalet ini sgt sesuai untuk anda :)

nota kaki: aku selalu bangga menjadi anak nelayan :).gambar aku upload kemudian sebab stok lama ntah kemana hilangnya.besok aku akan shoot lain,InsyaAllah ** credit to my island penang utk foto diatas,aku belum sempat shoot lagi **

 
wassalam.
SisHoney

Email: sishoney@gmail.com

Chalet Nelayan Teluk Bahang, Chalet Pulau Pinang, Cuti Cuti Malaysia, Taman Negara Pulau Pinang
« First...«34567»102030...Last »
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Aug    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Nuffnang

  • Recent Posts

    • Entri hari lahir MAK!
    • Entri Ramadhan 1431H
    • Rohani&Fazly,Kepala Batas.
    • jom bayar zakat hasil fotografi :)
    • Badrol&Hazirah,Sesi Outdoor
    • entri buat seorang sahabat,Acaii Jawe
    • cara-cara nak design custom album :)
    • As&Ayie,Majlis Bertandang
    • Wedding:Hasniza & ZulAzli (Ayie)
    • wedding:sulaiman dan aslina
  • Archives

    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
  • Categories

    • Baby&Kids (8)
    • Black & White (21)
    • Blogging (18)
    • Custom Album (4)
    • Engagement (2)
    • Personal (29)
    • Photography (41)
    • Potrait (5)
    • Travelling (9)
    • Wedding (70)
  • Visitors

  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
Mystique theme by digitalnature | Powered by WordPress
RSS Feeds XHTML 1.1 Top