assalamualaikum wbt…
Bola oh bola.Demam piala dunia buat aku malas nak lakukan kerja-kerja editing.Andainya 4 tahun lagi aku masih memegang kamera,aku taknak amik job musim piala dunia :).So far team pilihan aku Argentina tidak lagi mengecewakan aku seperti yang berlaku pada team spain dan france~hehehehe.Namun percaturan masih awal.Segala-galanya boleh terjadi di piala dunia ini.Dua lagi team pilihan aku,Italy dan England nampaknya macam suam-suam kuku…
Kali ni aku nak update majlis akad nikah dan resepsi pasangan Sulaiman dan Aslina.Actually sulaiman ni ialah sepupu aku :).So aku bukan saja menjadi photographer dia,malah kerja-kerja sampingan lain mestilah berjalan dengan lancar juga seperti siang ayam,basuh pinggan,bunga telur dan mentara.










Majlis ni dijalankan secara gotong royong antara kami sekeluarga.So memang penatlah namun kemeriahan dan keseronokan mengatasi rasa penat lelah.Tak sama kalau majlis catering sebab kita hanya keluar duit sahaja.Tapi rasanya ini majlis terakhir dalam keluarga aku yang akan bergotong royong.Selepas ni semuanya khidmat katering dan dewan kot.Yelah mak aku dan makcikmakcik semuanya dah tua dan kudrat tak sama macam dulu.Nak harapkan yang muda-muda macam kami,lemau je.Baru sikit dah penat dan mulut becok mengeluh.Apa-apapun aku memang salute habis dengan mak-mak kita semua.Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya dengan memberikan kesihatan yang baik pada mereka.
Bila shoot sepupu sendiri maka banyak moment-moment yang kita pasti terlepas.Walaupun majlis ini hanya job amal aku,namun komitmen tetap aku bagi 100% sebab jika memang kita minat pada bidang ini,bukan harga dan kuantiti yang menjadi keutamaan tetapi kualiti dari segi gambar,editing dan finally album.Sebab takkan kita hanya nak pamerkan kualiti pada pakej yang bernilai RM 2k sedangkan yang ambil pakej RM800 juga mengeluarkan wang mereka kan :).Aku bukanlah pakar dalam bidang ni malah masih bayi namun bila ramai yang bertanya berapa nak letak harga,kamera apa nak beli buat job,kelas apa nak kena masuk dan forum apa yang nak join buat aku tertanya-tanya kenapa mereka pegang kamera.Bagi aku once u bought your DSLR,click your shutter and ask your heart so u will get all the answer~uwekkkk nak muntah pulak aku dengan statement aku sendiri :)
nota kaki :selepas ini menyusul pulak entri majlis as &ayie,maaf atas kelemauan mengupdate gara-gara Piala Dunia :)
assalamualaikum wbt…

Teaser : Sulaiman(sepupu aku) dan Aslina
terlewat sedikit untuk update kali ni disebabkan kesibukkan di rumah kerana sepupu aku baru saja selamat berkahwin pada minggu lepas.Terkejar sana sini sebab dalam masa yang sama aku ada job.Mujur la juga shoot minggu ni hanya akad nikah.So kat sini aku nak share artikel yang aku dapat dari salah sorang kawan baik aku.Biasalah,bila dah sorang-sorang dalam famili yang kahwin,pasti kita pulak akan ditanya soalan yang sama oleh beratus-ratus orang :).Jom kita kongsi bersama :
Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..”Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.” Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu. Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Teaser : As dan Ayie :) (dpt jumpa bro Mizuary masa ni )
Haaaaa,macam mana?Ok tak artikel tu,so lepas ni aku dah boleh buat flyers la.Senang kalau orang tanya aku bagi jekan artikel tu~hiks.Konon je…beb,sapa yang takmau kawen kan.Tambah-tambah selalu sangat dok shoot orang kawen.Best aje tengok wajah mereka yang berseri-seri kan.Tapi cuma belum sampai masanya so aku tak boleh nak cakap apa kan.Itu semua kehendaknya.So layan dulu ye teaser majlis akad nikah sepupu aku,Sulaiman dengan Aslina dan dient aku,As dan Ayie.Semoga Allah merahmati ikatan perkahwinan mereka.Nantika full entri pasal mereka di entri yang akan datang.Stay tune :)
Nota kaki: Aku dah demam semuaaaaaaaaaaaa.Aku demam bola..Go Argentina..Go Italy and Go England.Kawan-kawan sembang bola cakap aku tamak sebab sampai 3 team aku pilih,biasalah kan.namapun World Cup mestilah banyak negara kan :)
assalamualaikum wbt…

Memandangkan aku keluar sebentar dari dunia facebook sempena tanda protes serangan rejim israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke gaza,maka aku perlu kerap update di blog ini. Ada hikmah juga sebab sebelum ini aku selalu biarkan blog ini sepi tidak berpenghuni.sampaikan tetamu pun dah bosan nak masuk.Tapi apakan daya,kerana semuanya ada di facebook.Cepat,mudah dan interaktif :). Aku bercadang memboikot facebook selama seminggu bermula semalam.Kita tengoklah nanti macam mana berjaya atau tidak kan.Tetapi aku rasa ok kot,sebab sebelum ni pun,aku pernah menghilangkan diri dari facebook hampir 2 bulan lamanya kerana bebanan kerja dan beberapa perkara peribadi :)
Berbalik kepada tajuk entri ni,sebelum ni aku dah pernah print tshirt ni 2 bulan lepas.Alhamdulillah penjualannya adalah sangat memberansangkan.Namun ada antara rakan-rakan yang tak sempat membelinya,maka ada permintaan agar dibuat penjualan sekali lagi.Setelah berpikir-pikir so aku setujulah dengan cadangan mereka.Aku keluarkan sekali lagi design tshirt ni.Semuanya sama dengan first batch print,cuma font PHOTOGRAPHER ditukar sikit. So anda yang berminat boleh membuat tempahan kepada aku. Aku akan mula print tshirt ini,jika permintaan telah menjangkau 25 helai ke atas.Kalau sikit sangat,tauke printing pun tak minat.Dibawah ada maklumat tentang tempahan tshirt ini ye :).Sapa-sapa yang berminat boleh menghubungi aku yea.Terima kasih atas sokongan anda :)
HARGA :RM 27.00 (jika perlu pos tambah rm4.00~pos ekspress)
WARNA :Hitam
JENIS KAIN:VISAGE (100% COTTON)
SAIZ: S hingga XXL (1-2 inci lebih besar dr saiz biasa)
TEMPAHAN: sila email ke sishoney@gmail.com utk tempahan.Maklumat pembayaran akan diberitahu melalui email.
nota kaki: sebenarnya aku bercadang yang secong batch nak warna putih,tetapi tak ramai yg berminat nampaknya maka kena warna hitam jugaklah :)