SisHoney

i am a blogger&photographer

Follow me on TwitterRSS Feeds

  • Home
  • About
  • Pakej&Album
  • Links

cara-cara nak design custom album :)

Jul 7th

Posted by SisHoney in Wedding

1 comment

assalamualaikum wbt

aku selalu dapat email macam mana nak design custom album.aku ni bukanlah pandai sangat dalam bidang ni sebab aku pun baru hasilkan beberapa custom album je :),so sebagai orang yang tak berapa nak terror ni,aku nak kongsi sedikit cara yang paling mudah nak hasilkan design custom album.

1- Mula-mula sekali masuk adobe photoshop.tak kisah la ps berapa.sebab ada yang tanya aku kena masuk latest version ke.sebab sebenarnya latest version tu cuma memudahkan kita aje.so kalau ps1 ps2 pun takpe.Lagi lama version akan menyebabkan anda lebih teliti dan rajin.Aku sendiri mula-mula dulu guna PS2 aje :)

2- Kemudian pilih saiz layer bagi nak hasilkan 1 design.Perlu diingat 1 design mewakili 2 page.So kat sini aku amik contoh custom saiz 8×12 maka layer kita perlu 24 width dan 8 height.

3- so anda dah ada 1 layer bagi 2 ms custom album.Bagi background calour pula terpulang ikut citarasa masing-masing.Kalau taknak colour pun tak apa :)

4-Kemudian anda dah boleh masukkan photo yang anda pilih.Macam contoh ini,aku hanya nak hasilkan 2 photo dalam 1 design ni.Sebab biasanya photo-photo dalam custom album ni kita akan pilih yang best dah besar so barulah akan puas nak menatapnya.Photo kat atas aku pilih 12 width dan 8 height kemudian 300.Kalau kita pilih resolution yg kecil,bila nak printing nanti,pixel akan pecah.

5-Kemudian pilih lagi satu photo kemudian masukkan dalam ruang kosong.Perlu diingat,aku hanya ingin masukkan 2 photo tapi jika anda nak masukkan lebih dari 2 photo,so anda perlu kecikkan saiz photo2 terbabit supaya muat didalam design tersebut.

6-Selepas dah masukkan photo,anda pilih ‘line tool’bagi nak buat ‘border’setiap photo didalam design tersebut.Selalunya aku guna siza 15px.

7-Akhirnya siap 1 design bagi 2m/s album anda.So kalau anda nak hasilkan 20m/s custom album maka anda memerlukan 10design dgn saiz setiap layer mestilah sama.

Itulah cara teringkas dan mudah nak hasilkan custom album yang aku boleh share dgn korang semua.Memang nampak simple namun idea dan kretiviti adalah sangat penting dalam menghasilkan sesebuah custom album.Sebab itu kadang-kadang seorang photographer hanya memerlukan 2 minggu dan kekadang sampai berbulan.Sebab idea dan kretiviti bukan seperti membaca :)

Bagi korang yang masih tak paham dan sekiranya berkemampuan,anda boleh mengikuti mana-mana workshop seperti yang sahabat-sahabat aku anjurkan di Selphya kerana disini akan dijelaskan dengan lebih detail.Sebab apa yang aku terangkan kat atas adalah yang paling simple kat dunia :)

** SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS **

Nota kaki: Selepas semua team aku kalah,aku tak sokong mana-mana team tapi aku suka corak permainan Jerman :)

Wassalam,
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com

Team: http://www.gambarkami.com/

Custom Album, design custom album, tutorial custom album

As&Ayie,Majlis Bertandang

Jul 1st

Posted by SisHoney in Wedding

3 comments

Assalamualaikum wbt…

Pejam celik pejam celik kita sudah masuk bulan Julai.Maknanya dah masuk fasa kedua bagi tahun 2010 dan kita boleh buat review pencapaian kita bagi tahun ni.Kalau dari segi kerja kewangan aku,jabatan aku dah sepatutnya membelanjakan separuh dari bajet yang diperuntukkan.Dan kalau rasa tak cukup,masa ni lah nak kena buat bajet review dan mintak peruntukan tambahan :)

Bagi diri aku sendiri secara peribadinya fasa pertama tahun ini sangat-sangat menguji keimanan dan kesabaran aku,Terlalu banyak dugaan yang kita tak jangka akan terjadi.Apa yang aku belajar ialah kekadang kita tidak boleh anggap seseorang itu mindanya terlalu luas dan kita tak boleh terlalu yakin dalam hidup.Sesungguhnya Allah selalu akan menguji kita dan sekiranya benteng kita rapuh,pasti kita akan jatuh. 6 bulan pertama jugak menyaksikan pertumbuhan berat badan aku yg sangat ketara~hahahaha.Bukan seorang dua,malah berpuluh dan beratus orang dah tegur.Kononnya aku senang hati kan :)

as16

as23

as19

as18

as21

as20

as22

as26

as24

as25

Berbalik kepada photo-photo diatas entri kali ni aku nak update majlis bertandang pasangan As & Ayie di Bukit Jambul,Penang.Buat pengantin ampun mahap atas kelewatan entri ini gara-gara demam bola :).Seperti juga pada majlis di rumah As, majlis di rumah Ayie juga berlangsung dengan begitu meriah.Kali ni bukan saja serunai,silat tetapi juga dengan acara tomoi yang didatangkan khas dari Kedah.Makanan yang disajikan juga sedap-sedap belaka.Sempoilah Ayie & As.

Ikut perjanjian asal majlis di rumah As,Ayie dah taknak shoot outdoor sebab ramai kawan-kawan dan kerja yang perlu dibuat katanya.Mujur As berjaya memujuk Encik Suami dan akhirnya kami memilih USM sebagai lokasi sesi outdoor.Kat sini banyak pokok-pokok best yang boleh kita shoot.Aku suka kawasan ni,cuma kekadang jika pengantin tak mampu nak redah hutan-hutan tu kita tak bolehlah nak paksa kan.Takut kalau jadi apa-apa,kita pula nak kena berjawab :).Akhir sekali terima kasih buat pasangan As & Ayie seisi keluarga yang bagi layanan superb pada saya sewaktu majlis menjalankan kerja.Insyallah saya akan cuba lakukan terbaik untuk anda.(tapi kamu berdua kawen musim bola,so album delay sikit ye *hiks)

Nota kaki: Takziah buat sepupu aku (entri sulaiman &aslina) yang kehilangan ayahnya pada 25 June 2010 di India.Al-Fatihah.

Wassalam,
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com

Team: http://www.gambarkami.com/

Custom Album, Jurugambar Perkahwinan, Northern Photographers, Sticky Album, Wedding Photography

Wedding:Hasniza & ZulAzli (Ayie)

Jun 22nd

Posted by SisHoney in Wedding

6 comments

Assalamualaikum wbt…

Jumpa lagi di entri terbaru,seperti yang aku janjikan dalam entri sebelum ini,update kali ni bagi majlis akad nikah dan resepsi di pihak perempuan bagi pasangan as&ayie.Memandangkan pasangan ini pun sudah balik dari honeymoon di sabah dan kembali masuk opis,so diharap mereka happy bila buka blog dah ada update tentang majlis mereka :)

as3

as2

as4

as1

Untuk pengetahuan semua,As dan booking aku sejak setahun yang lalu.Sebenarnya jika kita membuat persediaan dan perancangan awal,banyak benda yang nampak sempurna dan kita boleh jimat termasuk dari harga pakej.Walau majlis as ini berlansung pada tahun ini,namun harga yang aku tawarkan pada dia ialah harga tahun lepas.Mungkin budget lebihan itu,kita boleh gunakan untuk perkara-perkara lain.

Majlis akad nikah pasangan ini diadakan di Masjid Bayan Baru,Penang.Satu pengalaman baru bagi aku apabila 3 pasangan pengantin dinikahkan secara serentak.Sebelum ni memang aku ada pengalaman ramai pengantin di dalam sesebuah masjid dan akan tunggu giliran.namun pada majlis ni khutbah nikah disampaikan secara serentak kepada semua pengantin dan hadirin.Kemudian Jurunikah nikahkan seorang demi seorang pengantin disusuli dengan doa.Mencabar sangat-sangat mencabar kerana susah untuk aku dapatkan sudut terbaik.Bahkan aku kena ’sound’ dengan salah sorang Imam yang menjadi saksi kerana beliau mempunyai wudhuk dan khuatir aku akan membatalkan whuduknya~huhuhu.Bila aku bagi jaminan yang aku takkan bersetuhan denggannya,muka dia dah naik kedut.Maaf ye pak Imam,saya hanya menjalankan tugas saya,bukan niat nak halalkan yang haram :p.Dan di majlis ni juga terdapat 3 orang OP(termasuk aku)dan seorang videographer.Salah seorang OP pada majlis itu ialah Saudara Mizuary yang memang terkenal kat area Utara ni.Tangkas je tgk cara kerja dia,Takk macam aku yang masih terkapai-kapai :(

as7

as6

as5

Majlis resepsi pula diadakan seminggu selepas akad nikah.Apa yang aku paling suka tentang majlis ni ialah kumpulan serunai yang memainkan muzik secara live.Aku sangat menghayati hasil seni dari pakcik-pakcik ni.Dan nyata kebanyakkan tetamu begitu menghayati dan langsung tidak boring dengan semua irama yang diperdendangkan.Yelah sekarang ni tak ramai yang menghidangkan majlis dengan selingan sebegini.Tahniah buat pasangan dan keluarga ini yang membudayakan irama tradisional.

as15

 

as9

as10

as11

as14

as13

as12

as8

Finally,aku ingin ucapkan tahniah kepada As &Ayie diatas majlis pernikahan mereka dan tahniah kepaada As yang menjadikan majlis perkahwinannya kelihatan begitu sempurna sekali.Jarang aku jumpa majlis yang sangat berjalan lancar.Pasti majlis ini menjadi meriah kerana perancangan yang teliti dan kerjasama dari semua pihak.Insyallah selepas ini,aku akan update majlis bertandang pihak lelaki pula :)

Nota Kaki: Jika anda masih tercari-cari photographer bagi majlis anda terutama di kawasan Utara,anda boleh berkunjung ke —–> SINI :)

Custom Album, Jurugambar Perkahwinan, Wedding Photography
«12345»102030...Last »
  • Calendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Aug    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Nuffnang

  • Recent Posts

    • Entri hari lahir MAK!
    • Entri Ramadhan 1431H
    • Rohani&Fazly,Kepala Batas.
    • jom bayar zakat hasil fotografi :)
    • Badrol&Hazirah,Sesi Outdoor
    • entri buat seorang sahabat,Acaii Jawe
    • cara-cara nak design custom album :)
    • As&Ayie,Majlis Bertandang
    • Wedding:Hasniza & ZulAzli (Ayie)
    • wedding:sulaiman dan aslina
  • Archives

    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
  • Categories

    • Baby&Kids (8)
    • Black & White (21)
    • Blogging (18)
    • Custom Album (4)
    • Engagement (2)
    • Personal (29)
    • Photography (41)
    • Potrait (5)
    • Travelling (9)
    • Wedding (70)
  • Visitors

  • Meta

    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
Mystique theme by digitalnature | Powered by WordPress
RSS Feeds XHTML 1.1 Top