tag dengan sifoo acaii jawe :)

assalamualaikum wbt…

    syafiq1syafiq3

    syafiq2

  1. Weekend lepas aku berkesempatan tag dengan org yg terlalu banyak bantu aku dalam bidang fotografi ni.tanyalah apa saja,dia tak pernah pun ketinggalan menjawab soalan2 aku.
  2. Jumaat lepas,sifoo dan sahabat aku acaii jawe turun ke penang untuk shoot job dia di bayan lepas.memang dah lama dia mintak tolong aku book chalet.so memang aku tidak ambik apa2 job sempena kedatangan acaii dan cik isteri.bukan senang nak dapat tag memandangkan dia kat area kl dan aku kat utara ni :)
  3. Aku banyak memerhatikan cara acaii bekerja dan juga cara dia cari angle2 yg terbaik.sampaikan aku sendiri tak banyak shoot~hahahaha.
  4. Kesimpulannya,acaii mmg selalu terbaik dan tak rugi kalau korang ambik dia sebagai OP bg majlis bersejarah korang.simple but hasilnya *perghhhhhh*
  5. So kat bawah ni aku upload beberapa keping photo behind the scene acaii masa shoot hari tu.dan sesungguhnya berdirinya kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita.tgk la aksi2 bantuan dari cik isteri :)
  6. Ini mungkin entri terakhir aku di tahun 2009.so aku nak minta maaf kalau sepanjang tahun ni aku ada mengguris hati mana2 pihak sepanjang bekerjasama dengan aku.insyaAllah tahun 2010 dimulakan dengan sesuatu yang lebih fresh dan lebih banyak improvement untuk anda semua .

acai1

acai2

acai4

acai3

nota kaki:cai,photoq kat atas ni xmenunjukkan cai dah gemuk kan..tapi mmg dah gemuk sungguh~hahahaha.sama la sis pun dah gumuks dari msa kita jumpa beberapa tahun dulu :)

Terima Kasih Harimau Muda!

assalamualaikum wbt…

sudah lama aku tidak menulis dengan serius.tambah-tambah berkenaan dengan bolasepak.kali terakhir rasanya di blog lama yang mana artikel aku telah diplagiat.itu pun apabila ada rakan blogger juga yang memaklumkan.aku bukan wartawan dan aku juga bukan ahli sukan.aku tulis sekadar cetusan rasa di minda.

semalam,malaysia telah merangkul pingat emas sukan sea menerusi bolasepak selepas kemarau 20 tahun.kali terakhir semasa malaysia mengalahkan singapura 3-1 pada tahun 1989 (betulkan aku jika tersilap).penantian yang agak panjang.tambah-tambah bolasepak sebagai sukan no.1 dunia.walaupun sukan lain lebih menyerlah dan memberi sumbangan namun mana-mana negara pun semestinya akan tetap menumpukan kepada sukan yang satu ini.ini satu fenomena sukan yang tidak dapat dipadamkan sampai bila-bila.

aku menonton perlawanan semalam bukanlah dari awal.dengan jamn sewaktu pulang dari kerja gara-gara aku terpaksa masuk area town nak ambil album.kemudian disusuli pula dengan hari terakhir 1430 hijrah.namun sebaik aku menonton,semangnya pasukan vietnam bukan pasukan sebarangan.dan sebenarnya kita patut berterima kasih kepada vietnam kerana kehebatan mereka membuatkan pasukan harimau muda kita bermain dengan serius dan bersunguh-sungguh dibandingkan sewaktu perlawanan menentang laos.terima kasih buat pertahan kental malaysia yang diketuai oleh aidil zafuan.

1

5

menang pingat emas bukan bermaksud selesai sudah tanggujawab FAM,tapi disinilah titik permulaan kelab itu untuk terus membimbing anak-anak muda ini ntuk terus kukuh di persada bolasepak negara.pengalaman lalu telah mengajar,maka kita tidak perlu mengulangi kesilapan lama berkali-kali.terus dan terus membimbing pasukan ini,jangan kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan skuad harimau muda terkubur begitu saja.biarlah mereka yang tahu apa itu bolasepak sahaja yang membimbing.usahlah dicampur adukkan sukan dengan politik kerana ini akan merugikan negara.kerana campur tangan mereka yang tidak tahu apa itu sukan akan melenyapkan masa depan bola sepak negara kita.selain itu jangan dilupakan dari segi fasiliti yang diberikan kepada pemain.walaupun tidak sehebat negara luar,namun ini salah satu cara untuk membuatkan mereka terus kekal dalam sukan bola sepak.

semoga dengan kemenangan ini,akan menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk terus berada di persada kegemilangan.kalau game semalam malaysia kalah sekalipun aku tetap akan bangga bila melihat semangat dan kesungguhan yang mereka pamirkan.terima kasih skuad harimau muda.

nota kaki:selepas referee meniupkan wisel penamat semalam,terngiang-ngiang lagi faizal tahir kat telinga aku sambil bergenang ayaq mata aku.dah lama rasanya aku tak patrotik seperti ini.SALAM MAAL HIJRAH 1431