i am a blogger&photographer
cara-cara nak design custom album :)
assalamualaikum wbt
aku selalu dapat email macam mana nak design custom album.aku ni bukanlah pandai sangat dalam bidang ni sebab aku pun baru hasilkan beberapa custom album je :),so sebagai orang yang tak berapa nak terror ni,aku nak kongsi sedikit cara yang paling mudah nak hasilkan design custom album.
1- Mula-mula sekali masuk adobe photoshop.tak kisah la ps berapa.sebab ada yang tanya aku kena masuk latest version ke.sebab sebenarnya latest version tu cuma memudahkan kita aje.so kalau ps1 ps2 pun takpe.Lagi lama version akan menyebabkan anda lebih teliti dan rajin.Aku sendiri mula-mula dulu guna PS2 aje :)
2- Kemudian pilih saiz layer bagi nak hasilkan 1 design.Perlu diingat 1 design mewakili 2 page.So kat sini aku amik contoh custom saiz 8×12 maka layer kita perlu 24 width dan 8 height.
3- so anda dah ada 1 layer bagi 2 ms custom album.Bagi background calour pula terpulang ikut citarasa masing-masing.Kalau taknak colour pun tak apa :)
4-Kemudian anda dah boleh masukkan photo yang anda pilih.Macam contoh ini,aku hanya nak hasilkan 2 photo dalam 1 design ni.Sebab biasanya photo-photo dalam custom album ni kita akan pilih yang best dah besar so barulah akan puas nak menatapnya.Photo kat atas aku pilih 12 width dan 8 height kemudian 300.Kalau kita pilih resolution yg kecil,bila nak printing nanti,pixel akan pecah.
5-Kemudian pilih lagi satu photo kemudian masukkan dalam ruang kosong.Perlu diingat,aku hanya ingin masukkan 2 photo tapi jika anda nak masukkan lebih dari 2 photo,so anda perlu kecikkan saiz photo2 terbabit supaya muat didalam design tersebut.
6-Selepas dah masukkan photo,anda pilih ‘line tool’bagi nak buat ‘border’setiap photo didalam design tersebut.Selalunya aku guna siza 15px.
7-Akhirnya siap 1 design bagi 2m/s album anda.So kalau anda nak hasilkan 20m/s custom album maka anda memerlukan 10design dgn saiz setiap layer mestilah sama.
Itulah cara teringkas dan mudah nak hasilkan custom album yang aku boleh share dgn korang semua.Memang nampak simple namun idea dan kretiviti adalah sangat penting dalam menghasilkan sesebuah custom album.Sebab itu kadang-kadang seorang photographer hanya memerlukan 2 minggu dan kekadang sampai berbulan.Sebab idea dan kretiviti bukan seperti membaca :)
Bagi korang yang masih tak paham dan sekiranya berkemampuan,anda boleh mengikuti mana-mana workshop seperti yang sahabat-sahabat aku anjurkan di Selphya kerana disini akan dijelaskan dengan lebih detail.Sebab apa yang aku terangkan kat atas adalah yang paling simple kat dunia :)
** SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS **
Nota kaki: Selepas semua team aku kalah,aku tak sokong mana-mana team tapi aku suka corak permainan Jerman :)
Wassalam,
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
Team: http://www.gambarkami.com/
| Print article | This entry was posted by SisHoney on July 7, 2010 at 11:48 pm, and is filed under Wedding. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |







about 2 weeks ago
nak tahu..mana nak prin costum album?