Assalamualaikum wbt…

Jumpa lagi di entri terbaru,seperti yang aku janjikan dalam entri sebelum ini,update kali ni bagi majlis akad nikah dan resepsi di pihak perempuan bagi pasangan as&ayie.Memandangkan pasangan ini pun sudah balik dari honeymoon di sabah dan kembali masuk opis,so diharap mereka happy bila buka blog dah ada update tentang majlis mereka :)

as3

as2

as4

as1

Untuk pengetahuan semua,As dan booking aku sejak setahun yang lalu.Sebenarnya jika kita membuat persediaan dan perancangan awal,banyak benda yang nampak sempurna dan kita boleh jimat termasuk dari harga pakej.Walau majlis as ini berlansung pada tahun ini,namun harga yang aku tawarkan pada dia ialah harga tahun lepas.Mungkin budget lebihan itu,kita boleh gunakan untuk perkara-perkara lain.

Majlis akad nikah pasangan ini diadakan di Masjid Bayan Baru,Penang.Satu pengalaman baru bagi aku apabila 3 pasangan pengantin dinikahkan secara serentak.Sebelum ni memang aku ada pengalaman ramai pengantin di dalam sesebuah masjid dan akan tunggu giliran.namun pada majlis ni khutbah nikah disampaikan secara serentak kepada semua pengantin dan hadirin.Kemudian Jurunikah nikahkan seorang demi seorang pengantin disusuli dengan doa.Mencabar sangat-sangat mencabar kerana susah untuk aku dapatkan sudut terbaik.Bahkan aku kena ’sound’ dengan salah sorang Imam yang menjadi saksi kerana beliau mempunyai wudhuk dan khuatir aku akan membatalkan whuduknya~huhuhu.Bila aku bagi jaminan yang aku takkan bersetuhan denggannya,muka dia dah naik kedut.Maaf ye pak Imam,saya hanya menjalankan tugas saya,bukan niat nak halalkan yang haram :p.Dan di majlis ni juga terdapat 3 orang OP(termasuk aku)dan seorang videographer.Salah seorang OP pada majlis itu ialah Saudara Mizuary yang memang terkenal kat area Utara ni.Tangkas je tgk cara kerja dia,Takk macam aku yang masih terkapai-kapai :(

as7

as6

as5

Majlis resepsi pula diadakan seminggu selepas akad nikah.Apa yang aku paling suka tentang majlis ni ialah kumpulan serunai yang memainkan muzik secara live.Aku sangat menghayati hasil seni dari pakcik-pakcik ni.Dan nyata kebanyakkan tetamu begitu menghayati dan langsung tidak boring dengan semua irama yang diperdendangkan.Yelah sekarang ni tak ramai yang menghidangkan majlis dengan selingan sebegini.Tahniah buat pasangan dan keluarga ini yang membudayakan irama tradisional.

as15

 

as9

as10

as11

as14

as13

as12

as8

Finally,aku ingin ucapkan tahniah kepada As &Ayie diatas majlis pernikahan mereka dan tahniah kepaada As yang menjadikan majlis perkahwinannya kelihatan begitu sempurna sekali.Jarang aku jumpa majlis yang sangat berjalan lancar.Pasti majlis ini menjadi meriah kerana perancangan yang teliti dan kerjasama dari semua pihak.Insyallah selepas ini,aku akan update majlis bertandang pihak lelaki pula :)

Nota Kaki: Jika anda masih tercari-cari photographer bagi majlis anda terutama di kawasan Utara,anda boleh berkunjung ke —–> SINI :)