assalamualaikum wbt…

Bola oh bola.Demam piala dunia buat aku malas nak lakukan kerja-kerja editing.Andainya 4 tahun lagi aku masih memegang kamera,aku taknak amik job musim piala dunia :).So far team pilihan aku Argentina tidak lagi mengecewakan aku seperti yang berlaku pada team spain dan france~hehehehe.Namun percaturan masih awal.Segala-galanya boleh terjadi di piala dunia ini.Dua lagi team pilihan aku,Italy dan England nampaknya macam suam-suam kuku…

Kali ni aku nak update majlis akad nikah dan resepsi pasangan Sulaiman dan Aslina.Actually sulaiman ni ialah sepupu aku :).So aku bukan saja menjadi photographer dia,malah kerja-kerja sampingan lain mestilah berjalan dengan lancar juga seperti siang ayam,basuh pinggan,bunga telur dan mentara.

man4
man2
man3

man1

man5
man6
man7
man10

man9

man8

Majlis ni dijalankan secara gotong royong antara kami sekeluarga.So memang penatlah namun kemeriahan dan keseronokan mengatasi rasa penat lelah.Tak sama kalau majlis catering sebab kita hanya keluar duit sahaja.Tapi rasanya ini majlis terakhir dalam keluarga aku yang akan bergotong royong.Selepas ni semuanya khidmat katering dan dewan kot.Yelah mak aku dan makcikmakcik semuanya dah tua dan kudrat tak sama macam dulu.Nak harapkan yang muda-muda macam kami,lemau je.Baru sikit dah penat dan mulut becok mengeluh.Apa-apapun aku memang salute habis dengan mak-mak kita semua.Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya dengan memberikan kesihatan yang baik pada mereka.

Bila shoot sepupu sendiri maka banyak moment-moment yang kita pasti terlepas.Walaupun majlis ini hanya job amal aku,namun komitmen tetap aku bagi 100% sebab jika memang kita minat pada bidang ini,bukan harga dan kuantiti yang menjadi keutamaan tetapi kualiti dari segi gambar,editing dan finally album.Sebab takkan kita hanya nak pamerkan kualiti pada pakej yang bernilai RM 2k sedangkan yang ambil pakej RM800 juga mengeluarkan wang mereka kan :).Aku bukanlah pakar dalam bidang ni malah masih bayi namun bila ramai yang bertanya berapa nak letak harga,kamera apa nak beli buat job,kelas apa nak kena masuk dan forum apa yang nak join buat aku tertanya-tanya kenapa mereka pegang kamera.Bagi aku once u bought your DSLR,click your shutter and ask your heart so u will get all the answer~uwekkkk nak muntah pulak aku dengan statement aku sendiri :)

nota kaki :selepas ini menyusul pulak entri majlis as &ayie,maaf atas kelemauan mengupdate gara-gara Piala Dunia :)