assalamualaikum wbt…

man1

Teaser : Sulaiman(sepupu aku) dan Aslina

terlewat sedikit untuk update kali ni disebabkan kesibukkan di rumah kerana sepupu aku baru saja selamat berkahwin pada minggu lepas.Terkejar sana sini sebab dalam masa yang sama aku ada job.Mujur la juga shoot minggu ni hanya akad nikah.So kat sini aku nak share artikel yang aku dapat dari salah sorang kawan baik aku.Biasalah,bila dah sorang-sorang dalam famili yang kahwin,pasti kita pulak akan ditanya soalan yang sama oleh beratus-ratus orang :).Jom kita kongsi bersama :

Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..”Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.” Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu. Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

as2

Teaser : As dan Ayie :) (dpt jumpa bro Mizuary masa ni )

Haaaaa,macam mana?Ok tak artikel tu,so lepas ni aku dah boleh buat flyers la.Senang kalau orang tanya aku bagi jekan artikel tu~hiks.Konon je…beb,sapa yang takmau kawen kan.Tambah-tambah selalu sangat dok shoot orang kawen.Best aje tengok wajah mereka yang berseri-seri kan.Tapi cuma belum sampai masanya so aku tak boleh nak cakap apa kan.Itu semua kehendaknya.So layan dulu ye teaser majlis akad nikah sepupu aku,Sulaiman dengan Aslina dan dient aku,As dan Ayie.Semoga Allah merahmati ikatan perkahwinan mereka.Nantika full entri pasal mereka di entri yang akan datang.Stay tune :)

Nota kaki: Aku dah demam semuaaaaaaaaaaaa.Aku demam bola..Go Argentina..Go Italy and Go England.Kawan-kawan sembang bola cakap aku tamak sebab sampai 3 team aku pilih,biasalah kan.namapun World Cup mestilah banyak negara kan :)