assalamualaikum wbt…

tshirt versi hitam

Memandangkan aku keluar sebentar dari dunia facebook sempena tanda protes serangan rejim israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke gaza,maka aku perlu kerap update di blog ini. Ada hikmah juga sebab sebelum ini aku selalu biarkan blog ini sepi tidak berpenghuni.sampaikan tetamu pun dah bosan nak masuk.Tapi apakan daya,kerana semuanya ada di facebook.Cepat,mudah dan interaktif :). Aku bercadang memboikot facebook selama seminggu bermula semalam.Kita tengoklah nanti macam mana berjaya atau tidak kan.Tetapi aku rasa ok kot,sebab sebelum ni pun,aku pernah menghilangkan diri dari facebook hampir 2 bulan lamanya kerana bebanan kerja dan beberapa perkara peribadi :)

Berbalik kepada tajuk entri ni,sebelum ni aku dah pernah print tshirt ni 2 bulan lepas.Alhamdulillah penjualannya adalah sangat memberansangkan.Namun ada antara rakan-rakan yang tak sempat membelinya,maka ada permintaan agar dibuat penjualan sekali lagi.Setelah berpikir-pikir so aku setujulah dengan cadangan mereka.Aku keluarkan sekali lagi design tshirt ni.Semuanya sama dengan first batch print,cuma font PHOTOGRAPHER ditukar sikit. So anda yang berminat boleh membuat tempahan kepada aku. Aku akan mula print tshirt ini,jika permintaan telah menjangkau 25 helai ke atas.Kalau sikit sangat,tauke printing pun tak minat.Dibawah ada maklumat tentang tempahan tshirt ini ye :).Sapa-sapa yang berminat boleh menghubungi aku yea.Terima kasih atas sokongan anda :)

HARGA :RM 27.00 (jika perlu pos tambah rm4.00~pos ekspress)
WARNA :Hitam
JENIS KAIN:VISAGE (100% COTTON)
SAIZ: S hingga XXL (1-2 inci lebih besar dr saiz biasa)
TEMPAHAN: sila email ke sishoney@gmail.com utk tempahan.Maklumat pembayaran akan diberitahu melalui email.

nota kaki: sebenarnya aku bercadang yang secong batch nak warna putih,tetapi tak ramai yg berminat nampaknya maka kena warna hitam jugaklah :)