assalamualaikum wbt…

Dalam meniti kehidupan sehari-hari,kita kadangkala tersilap langkah.kita bukannya manusia yang sempurna.walau seorang Imam pun pasti ada juga cacat celanya.itulah yang dinamakan manusia.kalau kita lihat didada-dada akhbar,pasti ada saja berita yang memualkan anak mata kita menatap.manusia semakin hari semakin hilang pertimbangan.kita begitu memerlukan KUNCI perancangan bagi setiap apa yang dilakukan agar apabila kita melakukan KESILAPAN,kita masih memegang kunci itu untuk kembali membuka sebuah pintu kejayaan :)

masa depan

Kadang kala bahkan selalu juga aku membuat kesilapan.bila melibatkan diri sendiri.aku selalu menggunakan buku-buku motivasi dan kawan-kawan supaya membimbing aku menghadapai sesuatu situasi.alhamdulillah.buat masa ini aku dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa berada disisi apabila aku memerlukan pendapat.malah sahabat maya yang aku tak pernah jumpa sekalipun,sudi meluangkan masa membalas mesej-mesej aku.aku sangat berterima kasih.

kunci

Wah,tiba-tiba aku menulis sedikit serius kan.aku sengaja nak ‘relate’kan dengan foto yang aku selitkan disini.sedikit buah tangan semasa outing fotoradikal penang beberapa bulan lepas.terlalu banyak foto yang tersimpan di lappy ini gara-gara kesibukan aku yang melampau.inilah selalunya aktiviti yang dilakukan oleh para jurugambar samada profesional,separa profesional,suka-suka ataupun hanya sebagai pemegang sebuah kamera.ada sahabat yang malu mengaku mereka jurugambar bila dikerumuni oleh mereka yang hebat-hebat.namun bagi aku setiap kita adalah jurugambar bagi mata kita.terpulang bagi kita dimana tahap kita ingin menjadi juru kepada gambar itu sendiri.dan pada outing ini juga,aku mendapat sesuatu dari ucapan ganas abang BLACK ( Cikgu Besar Markas Fotoradikal Penang).

nota kaki: InsyaAllah mulai minggu depan akan kembali disajikan dengan foto-foto perkahwinan,so sebelum tu layan dulu foto-foto yang mungkin ada jiwa :p.tak lupa HAPPY BIRTHDAY YONNA!anda sudah bergelar jurugambar kerana sudah mendapat hadiah seketul dslr bertali kuning :)