assalamualaikum wbt…

sudah lama aku tidak menulis dengan serius.tambah-tambah berkenaan dengan bolasepak.kali terakhir rasanya di blog lama yang mana artikel aku telah diplagiat.itu pun apabila ada rakan blogger juga yang memaklumkan.aku bukan wartawan dan aku juga bukan ahli sukan.aku tulis sekadar cetusan rasa di minda.

semalam,malaysia telah merangkul pingat emas sukan sea menerusi bolasepak selepas kemarau 20 tahun.kali terakhir semasa malaysia mengalahkan singapura 3-1 pada tahun 1989 (betulkan aku jika tersilap).penantian yang agak panjang.tambah-tambah bolasepak sebagai sukan no.1 dunia.walaupun sukan lain lebih menyerlah dan memberi sumbangan namun mana-mana negara pun semestinya akan tetap menumpukan kepada sukan yang satu ini.ini satu fenomena sukan yang tidak dapat dipadamkan sampai bila-bila.

aku menonton perlawanan semalam bukanlah dari awal.dengan jamn sewaktu pulang dari kerja gara-gara aku terpaksa masuk area town nak ambil album.kemudian disusuli pula dengan hari terakhir 1430 hijrah.namun sebaik aku menonton,semangnya pasukan vietnam bukan pasukan sebarangan.dan sebenarnya kita patut berterima kasih kepada vietnam kerana kehebatan mereka membuatkan pasukan harimau muda kita bermain dengan serius dan bersunguh-sungguh dibandingkan sewaktu perlawanan menentang laos.terima kasih buat pertahan kental malaysia yang diketuai oleh aidil zafuan.

1

5

menang pingat emas bukan bermaksud selesai sudah tanggujawab FAM,tapi disinilah titik permulaan kelab itu untuk terus membimbing anak-anak muda ini ntuk terus kukuh di persada bolasepak negara.pengalaman lalu telah mengajar,maka kita tidak perlu mengulangi kesilapan lama berkali-kali.terus dan terus membimbing pasukan ini,jangan kerana sedikit kesilapan akan menyebabkan skuad harimau muda terkubur begitu saja.biarlah mereka yang tahu apa itu bolasepak sahaja yang membimbing.usahlah dicampur adukkan sukan dengan politik kerana ini akan merugikan negara.kerana campur tangan mereka yang tidak tahu apa itu sukan akan melenyapkan masa depan bola sepak negara kita.selain itu jangan dilupakan dari segi fasiliti yang diberikan kepada pemain.walaupun tidak sehebat negara luar,namun ini salah satu cara untuk membuatkan mereka terus kekal dalam sukan bola sepak.

semoga dengan kemenangan ini,akan menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk terus berada di persada kegemilangan.kalau game semalam malaysia kalah sekalipun aku tetap akan bangga bila melihat semangat dan kesungguhan yang mereka pamirkan.terima kasih skuad harimau muda.

nota kaki:selepas referee meniupkan wisel penamat semalam,terngiang-ngiang lagi faizal tahir kat telinga aku sambil bergenang ayaq mata aku.dah lama rasanya aku tak patrotik seperti ini.SALAM MAAL HIJRAH 1431