i am a blogger&photographer
Archive for January, 2010
Wedding:Suri&Ida l Penang
Jan 24th
assalamualaikum wbt…







hari ni baru berkesempatan nak upload beberapa keping photo majlis mereka last week.sehari selepas majlis ni,aku terus kena masuk training hampir seminggu.dalam pada tu berkejaran balik ke opis memandangkan beberapa task penting yang aku perlu settlekan.minggu yang amat memenatkan even aku makan dgn terlalu banyak.tekanan kerja selalu menyebabkan aku obesiti.sekarang ni makin bulat pipi aku~huwaaaaaa :(
majlis ni dihirer oleh adik angkat aku sendiri syakirah yang sponsor khidmat fotografi untuk majlis abg dia.adik beradik ni junior aku sewaktu sekolah dulu.pada majlis ni aku tak sempat cover make up memandangkan aku perlu masuk opis.nasib baik berjaya pujuk boss untuk lepaskan aku keluar shoot.arahan lebih masa last minit kerana audit sirim betul-betul buat nafas aku terhenti sesaat.mujur boss bisa berdiplomasi :) dalam banyak-banyak majlis aku shoot,majlis dia ni la paling sikit aku snap.memang pening aku nak select photo kelak.suri ni pegawai JPA so majlis dia mmg ramai sungguh tetamu sampai sesi outdoor pun paling singkat dalam sejarah aku amik gambar.kejap2 col masuk kawan-kawan dia yang datang.apa2 pun aku ucapkah tahniah buat suri dan ida(org ganu),semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.thanks also to my beloved kyrah.
selepas ni,mungkin aku terpaksa berehat seketika dari dunia fotografi memandangkan komitmen aku pada tugas hakiki aku lebih mustahak.aku perlu punya tugasan berganda sbb salah seorang partner aku cuti bersalin dan aku dapat seorang lagi rakan baru yang perlu aku train.so far alhamdulillah,dia banyak membantu aku dengan cepat pick up apa yang aku ajar.mungkin doa-doa aku selama ni perlahan-perlahan sedang dimakbulkan.syukur.
nota kaki:album-album kalian semua masih dalam pembikinan.ada yang sudah hantar untuk printing tetapi memandangkan hujung 2009 begitu ramai yang kawen,maka nak print pun kena baris panjang jugak la.
happy birthday myself!!
Jan 15th
assalamualaikum wbt…
- alhamdulillah meraikan tahun ini pada hari jumaat yang indah.
- syukur masih diberi peluang bernafas di mukabumi.
- masih panjang perjalanan hidup andai diberi kesempatan.
- terlalu banyak lagi yang ingin aku capai.
- terima kasih buat famili yang sabar dgn karenah aku terutama mak dan bapak :(
- rindu tepung dan hanyir telur masa zaman kat asrama :)
- semoga di usia 28 akan lebih mematangkan aku dan sabar menghadapi dugaan hidup
nota kaki:terima kasih atas ucapan teman-teman.aku sgt2 sibuk skang ni,semoga anda2 tidak lagi berkecil hati sbb kadang nak balas sms pun aku terlupa.huhuhu.serius aku xcukup 24jam sehari skang ni…
wedding:kamal&ala l ampang
Jan 11th
assalamualaikum wbt…
nota kaki:tahniah buat sahabat aku ,anis yg selamat melahirkan baby boy mohd irfan hafiz tadi tengah hari.teringat lagi masa aku shoot wedding dia masa awal-awal pembabitan aku dalam dunia ni.kerana mereka2 yg berani mempertaruhkan hari bersejarah buat aku lebih cekal dan semangat nak shoot :)







