i am a blogger&photographer
Archive for September, 2009
syawal 1430h:cerita ceriti raya tahun ni :)
Sep 28th
assalamualaikum wbt…

pejam celik.pejam celik.dah seminggu habis raya.semuanya sudah kembali bertugas.tapi aku khamis lepas dah keje.cuma malas nak update.saje tungguh semua balik kan.ni pon sbb acaii paksa aku update~ceh!salahkan acaii plak kan :)
raya tahun ni,tema famili aku warna purple.setiap tahun akulah yg mempunyai kuasa vito tuk tetapkan tema raya.semunya aku la.tak kira cat ke.langsir ke.sarung kusyen ke.mmg aku diberi hak membuat pilihan.masa ni la untung jadi anak pompuan sorang :)tahun ni gak bertambah sorang lagi dalam famili aku.si baby pon kena la beraya ikut tema.tapi takleh pakai baju kurung lagi la.tak ada tailor sudi nak amik tempahan baju kurung dia.maka mak uda kenalah mendrivekan myheart ke jusco mencari baju warna purple.
tapi kampung aku tak mcam kampung acaii.takde sape pon pasang pelita dah skang ni :( aku sorang je beria2 nak beli masa kat mydin.pastu mak cakap xpayah…huhuhu.teringat dulu masa kecik2.abang2 aku akan buat pelita dr tin minuman.mmg banyak masa tu.free aje cari tin.cuma kena beli sumbu.tapi bila hujan payah la sket.rindunya aku zaman2 tu.bila petang raya je mst akan pakai baju tidor raya then main bunga api~huwaaaaa.sape2 yg ada kampung besh mcm kampung acaii???aku nak beli umah kampung….
mcm biasa,raya pertama aku akan beraya kat umah aku dan umah tok sebelah bapak aku.tapi dgn makcik2 n sepupu sepapat la sbb tok aku dah arwah tahun lepas.tahun ni menu bertukar dr lontong kepada laksa penang.tak pernah pon raya pertama buat laksa…mcm biasa.umah aku sll jadi lokasi terakhir beraya maka bila malam mmg meriah la.sib baik guna mangkuk pakai buang aje …..
raya kedua seperti tahun2 yg lalu jugak aku menunaikan t.jawab seorang anak dgn bawak mak bapak aku beraya.lokasi pertama umah tok aku sebelah mak.kemudian umah tok2 sedara aku.then ziarah pusara arwah tok.tokwan dan pakcik aku yg meninggal.dan raya kedua jugak hampir terkucil aku didlm keta sbb terperangkap dalam jamn.dah try mcm2 jalan short cut…last2 takleh nak lari bila dah masuk area bengkang-bengkok yg kirinya bukit dan kanannya laut.
raya ke3 plak spt biasa jugak beraya ke umah kawan2 sekolah.dari satu umah ke satu umah aku jelajahi.kawan2 aku cakap.selagi aku tak kawen dapatlah depa beraya.kalau aku dah kawen agak2 aktiviti tu pon tamat agaknya.sbb aku yg selalu plan konvoi beraya ni.even duduk satu negeri pon kekadang hanya time2 raya camnila dapat jumpa.insyallah akan cuba tuk teruskan tradisi even kalau aku dah kawen.oklah stop dulu.tak perasan dah panjang rupanya aku cerita.tgklah kalo rajin aku update lagi.
nota kaki:dalam beraya lupa nak amik gambaq masa dgn kengkawan.sonok sungguh dapat bersembang dan bergossip :).dan lagi satu ramai sungguh yg tergur aku ni makin SEHAT~huhuhu
syawal 1430h:salam kemaafan..
Sep 14th
aku bukan blogger lagi???
Sep 9th
assalamualaikum wbt…
semalam mimpi beberapa blogger.
semalam melawat beberapa blog.
dah lama rupanya aku tidak melawat blog kawan2.
dah lama tak tingglkan jejak kat mana2.
bila mimpi semalam.
aku sedar yg aku rindukan semua itu..
maka dgn itu entri ini sengaja tidak letak photo :)
nota kaki:tapi ada beberapa blog yg hari2 aku visit :)
