i am a blogger&photographer
Archive for July, 2009
custom album:makin aku cinta :)
Jul 23rd
assalamualaikum wbt/salam sejahtera…

orang selalu cakap tak kenal maka tak cinta,dah kenal lalu bercinta *wakakaka*.so mcm tu jugak la dgn aku.mula2 aku kenal dgn fotografi then lama2 aku bercinta dengan bidang ni.kemudian pelan-pelan aku belajar dan belajar dari kawan2 yg tak pernah nak jemu bagi semangat dan bantu aku dalam bidang ni.thanks buddies!
mula2 aku stat amik gambaq wedding ialah majlis abg aku sendiri kira-kira setahun lalu.skang dia pon dah ada anak.kemudian aku try majlis kekawan.dan alhamdulillah dah ramai yang percayakan aku.aku ni bukanlah pakar dalam bidang ni.dan ini juga bukan kerjaya utama aku.aku anggap saje suka2 tapi tak bermaksud aku main-main.sebab selalunya bila kita buat sesuatu yg kita suka dan minat,insyaallah hasilnya mmg berbaloi.
lepas try dgn album2 sticky,aku berjinak plak dgn custom album.tapi bukan terus aku berani amik buat custom album.so aku try buat satu album peribadi kawan baik aku.aku hadiahkan masa birthday dia.dan selepas berjaya barulah aku berani buka tawaran menghasilkan custom album.dan selepas beberapa buah custom album yg aku hasilkan aku mmg dah jatuh cinta dalam menghasilkan custom album.
semua kerja-kerja custom album aku dah habis.alhamdulillah.thanks pada clients aku yg paham ke’busy’an aku beberapa bulan lepas.sbb aku sllnya akan design bila mood aku memuncak.sebab jika xder mood mmg xmenjadi/xlawa la album tu nanti.sbb tu kalau anda hirer photoq,bersabarlah menerima album.digalakkan anda ada backup spt kamera digital biasa,sbb biasanya org2 kampung mst dah nak tgk dalam masa seminggu kawen.so tunjuk dulu photo dari kamera peribadi anda :)
aku juga nak ucapkan tahniah kat cikgu acaii aku(lantik sendiri) sebab berjaya hasilkan custom album dgn tulisan khat.sbb kat malaysia ni,aku rasa dialah yg pertama sekali hasilkan.kalau korang punya nak hirer dia cepat2lah booking even majlis anda tahun depan.sbb dia mmg photoq yg terkenal skang ni.
nota kaki: ini entri sebelum aku stat bercuti.selepas aku kembali mst banyak dgn photo2 percutian aku.dan maybe ada juga photo kahwen.sori photo2 dlm entri ni aku blur sbb aku guna pc opis ni dan kat opis aku tak install photoshop yer.nak mampos.kang keje lain aku tak wat :)
demi masa…
Jul 14th
assalamualaikum wbt…
perghhh.mmg busy sungguh aku skang ni.sesunnguh busy yang tak mampu aku nak ucap dgn kata-kata.lihat aje statistik kat bawah ni:
- hampir 2 minggu aku tak makan masakan mak.
- rambut aku dah panjang dan tak terurus.
- berat badan aku dah bertambah dari berat ke sgt berat.
- aku kene saman buat pertama kali sbb melebihi had laju.melayang rm200 lepas diskaun.cis!
- dah terlalu lama tak hang out dgn kak zila layan movie.
- langsung tak pergi kelas semester ni.baru semalam bukak portal :)
- mak sampai cakap aku nampak cerah sikit*wakakakaka*yelah masa banyak habiskan dalam aircond opis.sabtu ahad pon kat opis.
- walaupun dah masuk Julai.cuti tahun lepas pon aku tak habiskan lagi.campur cuti tahun ni.maka akan bercuti2 la aku kelak (perasan mcm bos nak lepaskan aku)
- paling sedih sbb cancel plan nak tgk game manutd.lawan m’sia (huwaaaaaaa)
- baru habiskan semua custom album customer.thanks kerana memahami.
tadi aku baru saje submitkan satu tugasan yg benar2 buat aku jadi workaholic dan sewel selama beberapa bulan.harap semuanya diterima oleh pihak atasan.bukan senang nak handle project bernilai rm600k.gilos!!!tapi andai kata diluluskan maka aku akan sekali lagi pening~hahahaha.
nota kaki:harap plan nak bercuti bersama teman2 akan berjaya.boss dah cakap.” i luluskan cuti u,but anytime i akan panggil u balik” huwaaaaaaaa.
permata hati:hilang sikit serabut kepala
Jul 5th
assalamualaikum wbt,
dah masuk Julai skang ni.kejap sungguh masa berlalu.sememangnya masa sgt berharga buat aku waktu2 camni.fotografi aku sepikan sementara waktu.mmg aku xpgg langsung myken aku sehinggalah semalam waktu aku melawat anak buah aku.dia pon hampir 3 week aku xmelawat.masa botak kepala pon,xsempat.yelah.balik keja dah malam dan weekend pon aku keje.mana ada masa…
kekadang heran gak kan.jawatan aku bukannya tinggi pon,keje kerajaan pulak tu (org sll ckp keje goment goyang kaki) tapi busy aku mengalahkan CEO sesebuah syarikat aje.tapi inilah pengorbanan yang aku kene lakukan.aku benar2 merasai bersusah2 dulu di dalam bidang ini.tapi alhamdulillah even kekadang mata aku bengkak gara2 stress yg sampai xhingat.aku masih mampu bertahan :)
semalam aku xmasuk opis.even keje bertimbun.dah lama sgt aku xmelawat anak buah aku.botak kepala pon dah hilang licinnya.kejap sungguh rambut dia tumbuh.mst rambut dia lebat mcm rambut mak uda dia~hehehehehe.sekali pandang mcm baby boy pulak bila dah botak ni kan.tak sabar sungguh nak tunggu dia balik umah.katil pon paksu dah belikan.stroller tunggu pakcik belikan.mak uda dah penuhkan almari dia dgn baju2 yg comel2.hehehe.mak tok dah pakaikan gelang dan rantai.bestkan jadi cucu sulung.dialah permata hati kami skang ni.
nota kaki: bila dia dah balik umah aku kelak,hilang sket stress kat opis agaknya bila dapat main dgn dia.aku masih hutang 1 sticky n 1 custom dgn clients~huhuhu
Sis Honey | Create Your Badge












