Archive for November, 2008

dah siap weii!!!

assalamualaikum wbt…..


well done to myself!!!!! wah ayat first puji diri sendiri wei :).aku berjaya wat custom album tue,dah semestinya menjadi.excited sgt2 wei.xtau nak gambarkan dengan perkataan.hanya aku yg dapat rasakan.puas!!!sgt2 puas.so pasni leh la amik upah buat custom album plak.kawan baik aku pun tak sangka rupanya macam tue akan jadi.die tgk la masa dalam pc tapi aku tak bagi gambaran sebenar.saje nak buat surprise :).

nota jari:senyum.senyum.senyum

cerita ceriti

assalamualaikum wbt…..


sudah jarang-jarang dapat aku update kat sini.yelah dgn aku yg selalu busy.lagipun ini bukanlah benda wajib.bila ada masa aku akan update.bukannya ramai pembaca kat sini.ini adalah personal blog aku.so kalau ada yang aku nak bercerita,aku akan cerita.

semalam seharian aku meeting.dari kul 8.30 sampailah pukul 6.30 ptg.break kejap je untuk lunch and solat.dah akhir meeting itu rupa2nya ada anugerah pekerja cemerlang bulan november untuk aku.hihihihi.terkejut gak aku.sbb biasanya anugerah ni bagi ikut senioriti sdgkan aku masih baru lagi.nak pujuk aku yg merajuk hari tu kot:)alhamdulillah.tapi sebenarnya aku langsung tak pernah nak mengharapkan anugerah pe2 pon.lagipon aku memang minat dgn keje-keje yg aku buat skang.cukuplah kalau orang hargai penat-lelah aku selama ni.bukan senang aku nak handle 7juta duit kerajaan kerana setiap sen akan dihitung.keje dgn duit nie sgt2 tension wei.

aku juga dah bukak satu photo blog——>sini.bukannya rajin ape.memandangkan fotopages sgt2 lembab dan mendatangkan masalah,so aku amik keputusan nak bukak blog ni.blog ni memang akan full dengan photo2 yg aku tembak la.kat atas antara pic yg aku tembak semalam.aku suka betul.itu guna lens baru aku 50mm dan juga bermain dgn gradient map.salah sorang member fp aku yg soh aku main dgn gradient map.lagi sempoi katanya.owh ya.aku akan mula bercuti dari 25nov-12 dec.masuk kelas beb!!

nota jari:custom album aku dah siap.lum sempat amik lagi :)

syiling

zaman kanak-kanak aku,syiling masih lagi beharga.kesekolah masih hanya berbekalkan duit syiling.tapi kanak-kanak zaman skang berbekalkan wang kertas,bukan salah mereka sbbnya harga makanan dah mahal.atas ni syiling yang memang aku simpan bila lebih-lebih.pasni taknak letak dalam bekas starbuck la.kita tukar ke kotak vinci plak :).saje je amik photo ni sbb nak main dgn gradient map dan test lens 50mm aku~hehehe