i am a blogger&photographer
Personal
Entri hari lahir MAK!
Sep 2nd
Assalamualaikum WBT,
amik gambaq tahun lepas :)
Mak,
Anak mak ni sorang saja pompuan kan
Anak mak tau yg mak sayang anak mak ni sangat-sangat
Mak selalu buat apa saja untuk anak mak.
Mak selalu pertahankan anak mak
Dari anak-anak lelaki mak yang lain.
Mak,
Anak mak yang sorang ni memang “ketegaq”
Anak mak yang sorang ni memang “keraih” kepala
Anak mak yang sorang ni memang pemalas
Anak mak yang sorang ni memang “kasaq”
Tapi mak tau kan anak mak ni selalu baik kan.
Dan mak selalu bangga dengan anak mak yang sorang ni kan.
Mak,
Mak selalu dah cakap pasal jodoh sekarang ni kan
Mak selalu kata yang mak sentiasa doakan jodoh anak mak
Mak nak lelaki yang terbaik jaga anak mak
Sebab mak dah jadi terbaik dalam jaga anak mak ni
Dan sebab tu sampai sekarang anak mak tak kahwin lagi
Sebab anak mak tau Allah nak temukan anak mak dengan lelaki terbaik.
Mak,
Walau setiap tahun anak mak belikan hadiah pada mak
Tapi anak mak tau yang anak mak tak mampu
Nak bagi hadiah seperti hadian yang mak dah bagi kami anak-anak mak
Hadiah yang setiap anak di dunia ni tak mampu nak bagi
Sebab setiap ibu di dunia adalah terbaik
Mak,
Di bulan Ramadhan yang mulia ni
Mak dapat raikan hari lahir mak
Anak mak hanya mampu berdoa pada Allah
Supaya mak senantiasa dirahmati olehNya
Mak diberikan kesihatan dan umur yang panjang
Agar anak mak dapat raikan hari lahir mak
Untuk tahun-tahun mendatang
Mak,
Anak mak ni sayang mak sangat-sangat.
Nota kaki: Nak bagi adiah apa ye tahun ni….?
Wassalam
‘Being a girl and into this business is a challenging job,but as far as i know i enjoy doing it and i believe in delivering the best to my customers”
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
entri buat seorang sahabat,Acaii Jawe
Jul 8th
assalamualaikum wbt…
hari ni birthday salah seorang sahabat aku yg mula-mula kami kenal di alam maya, encik faisal hj rahim atau lebih dikenali sebagai Acaii Jawe yang meriupakan antara blogger dan photographer popular bagi orang-orang jawa~hahahaha.
Aku dah kenal sahabat aku ni sejak tahun 2006,masa aku mula-mula blogging,cerita-cerita personal dia yang best mendorong aku rajin mengomen dia blog dia.Walau hanya cerita peribadi tetapi entri-entri dia buat aku rasa sangat bermotivasi.Penulisan yang ringkas dan mudah dipahami membuatkan beliau antara blogger popular dikalangan ahli-ahli msjbox.
Salah satu perkara baik yang buatkan Acaii ni baik dengan semua orang ialah dia sedaya updaya akan melawat dan komen atas entri-entri kita.So dengan itu hubungan silaturrahim dapat didekatkan.
Tahun 2007 adalah kali pertama aku jumpa Acaii,masa tu ulangtahun msjbox di Restoran Hj Samuri.Memang malu-malu kucing rupanya si Acaii ni.Kami selalu sembang pasal bola.Kami memang musuh dalam EPL sebab dia peminat fanatik Chelsea sejak 1996 dan aku peminat fanatik MU sejak 1997.
gambar masa Acaii & Fiza naik sampan kat penang :)
Dan tanpa disangka kami sama-sama terjun dalam bidang fotografi dan dia adalah salah seorang sifoo yang banyak membantu aku dalam bidang ni dengan komen-komen jujur dan membina.Selepas itu kami teruskan persahabatan di alam maya.Alhamdulillah persahabatan aku diteruskan dengan bersahabat pula dengan cik isteri Puan Hafizah.Sama cantik sama padan sama comel dan sama nakal :)
Alhamdulillah hari ni sekali lagi sahabat aku dapat dapat menyambut hari lahirnya yang ke….Dia tua setahun dari aku :)Aku doakan semoga dia akan terus dipanjangkan umur untuk terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah,seorang anak,seorang suami,seorang abang,seorang sahabat dan sebagainya.Aku doakan semoga rumahtangga beliau sentiasa dirahmati oleh Allah sehingga akhir hayat dan dimurahkan rezeki dari segi zuriat.Aku doakan semoga terus diberi kekayaan dari segi kewangan,ilmu,harta benda dan amal jariah.Aku begitu menghargai persahabatan aku dengan dia kerana setiap kali aku memerlukan motivasi,dia antara orang yang mampu memotivasikan aku.
Acaii,terima kasih atas persahabatan kita.So inilah hadiah sis pada cai,sebuah entri.Sebab kalau sis bagi hadiah kebendaan,sis tau cai mampu beli semuanya so dengan entri ni,sesuatu yang cai xmampu beli~hiks.Tapi kalau birthday sis,cai tlg hadiahkan sebuah mac ye :)
Nota kaki: orang selalu kata dunia internet ini penuh dengan kepura-puraan namun sebenarnya jika kita bersikap jujur dan ikhlas,insyaAllah Allah selalu adil dengan kita.
Wassalam.
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
permata hati:nadia dah setahun :)
May 29th
assalamualaikum wbt…
pejam celik pejam celik.dah setahun umur permata hati dalan keluarga aku ,nur farah nadia.masih ingat lagi.setahun yang lalu abg aku,aku,mak,bapak dan makcik aku serta keluarga kakak ipar aku menunggu proses kelahiran nadia dari waktu tengahari sehinggalah maghrib.mulanya dia masuk ke bilik normal delivery tetapi finally doktor bagitau perlu operation sebab bimbang baby akan lemas.

nadia setahun lalu.beberapa minit selepas lahir :)

nadia selepas setahun,beberapa minit sebelum update entri ini :)
dalam adik beradik,hanya aku sorang perempuan so bila nadia lahir tentunya mengembirakan tok dan tok apa nya.dulu aku selalu harap baby yang akan keluar nanti lelaki,sbb bagi aku anak lelaki akan jaga adik-adiknya kelak.tapi bila dia dah lahir,aku pulak yang berhabis sakan membeli itu dan ini.betul la kata kawan-kawan aku,anak perempuan ni seronok nak shopping sebab baju semua lawa-lawa dan cute :)
semoga nadia menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan semua keluarga terutamanya mak uda.kalau tak pandai sangat pun tak apa.bijak sikit macam mak uda pun jadi la *perasan*
nota kaki:selamat hari lahir juga to my sahabat blogger AMY MARIA :)
wassalam.
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com

