i am a blogger&photographer
Baby&Kids
permata hati:nadia dah setahun :)
May 29th
assalamualaikum wbt…
pejam celik pejam celik.dah setahun umur permata hati dalan keluarga aku ,nur farah nadia.masih ingat lagi.setahun yang lalu abg aku,aku,mak,bapak dan makcik aku serta keluarga kakak ipar aku menunggu proses kelahiran nadia dari waktu tengahari sehinggalah maghrib.mulanya dia masuk ke bilik normal delivery tetapi finally doktor bagitau perlu operation sebab bimbang baby akan lemas.

nadia setahun lalu.beberapa minit selepas lahir :)

nadia selepas setahun,beberapa minit sebelum update entri ini :)
dalam adik beradik,hanya aku sorang perempuan so bila nadia lahir tentunya mengembirakan tok dan tok apa nya.dulu aku selalu harap baby yang akan keluar nanti lelaki,sbb bagi aku anak lelaki akan jaga adik-adiknya kelak.tapi bila dia dah lahir,aku pulak yang berhabis sakan membeli itu dan ini.betul la kata kawan-kawan aku,anak perempuan ni seronok nak shopping sebab baju semua lawa-lawa dan cute :)
semoga nadia menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan semua keluarga terutamanya mak uda.kalau tak pandai sangat pun tak apa.bijak sikit macam mak uda pun jadi la *perasan*
nota kaki:selamat hari lahir juga to my sahabat blogger AMY MARIA :)
wassalam.
SisHoney
Email: sishoney@gmail.com
permata hati:hilang sikit serabut kepala
Jul 5th
assalamualaikum wbt,
dah masuk Julai skang ni.kejap sungguh masa berlalu.sememangnya masa sgt berharga buat aku waktu2 camni.fotografi aku sepikan sementara waktu.mmg aku xpgg langsung myken aku sehinggalah semalam waktu aku melawat anak buah aku.dia pon hampir 3 week aku xmelawat.masa botak kepala pon,xsempat.yelah.balik keja dah malam dan weekend pon aku keje.mana ada masa…
kekadang heran gak kan.jawatan aku bukannya tinggi pon,keje kerajaan pulak tu (org sll ckp keje goment goyang kaki) tapi busy aku mengalahkan CEO sesebuah syarikat aje.tapi inilah pengorbanan yang aku kene lakukan.aku benar2 merasai bersusah2 dulu di dalam bidang ini.tapi alhamdulillah even kekadang mata aku bengkak gara2 stress yg sampai xhingat.aku masih mampu bertahan :)
semalam aku xmasuk opis.even keje bertimbun.dah lama sgt aku xmelawat anak buah aku.botak kepala pon dah hilang licinnya.kejap sungguh rambut dia tumbuh.mst rambut dia lebat mcm rambut mak uda dia~hehehehehe.sekali pandang mcm baby boy pulak bila dah botak ni kan.tak sabar sungguh nak tunggu dia balik umah.katil pon paksu dah belikan.stroller tunggu pakcik belikan.mak uda dah penuhkan almari dia dgn baju2 yg comel2.hehehe.mak tok dah pakaikan gelang dan rantai.bestkan jadi cucu sulung.dialah permata hati kami skang ni.
nota kaki: bila dia dah balik umah aku kelak,hilang sket stress kat opis agaknya bila dapat main dgn dia.aku masih hutang 1 sticky n 1 custom dgn clients~huhuhu
Sis Honey | Create Your Badge

permata hati:nur farah nadia
Jun 5th






assalamualaikum wbt…
niat aku hari ni nak publish wedding job aku last week.sebelah pihak lelaki plak.tapi keterujaan aku terhadap anak buah aku mengatasi segalanya dalam duni aku skang.semalam aku g melawat anak buah aku kat umah mertua abg aku.sanggup aku ambik cuti semata2 nak g melawat dia.kejap dah seminggu baby ni.geram wei.geram sgt2 tambah2 bila buka mata tu.pastu rambut die kerinting halus dan lebat mcm mak uda die (aku la tu).tapi cian dia ada sedikit kuning.so hari2 kene g cucuk amik darah kat klinik.mujur xkena admit.tak sabar rasanya baby nak balik umah aku.
nota kaki: ni baru baby orang wei…anak sendiri taktau la kan :)



